Dialog labur RM2.5 bilion


Dialog labur RM2.5 bilion

6 April 2018

Source: Berita Harian

Dialog Group Bhd memperuntukkan pelaburan awal sebanyak RM 2.5 billion bagi pembinaan Fasa 3 Terminal Laut Dalam Pengerang (PDT) di Johor.

Syarikat itu semalam memeterai satu perjanjian awal dengan kerajaan negeri Johor bagi melaksanakan penjualan pegangan dalam projek bernilai RM 2.5 bilion itu kepada cabang pelaburan kerajaan negeri Johor, Permodalan Darul Ta'zim.

Permodalan Darul Ta'zim akan memiliki 20 peratus pegangan dalam anak syarikat milik penuh Dialog, Pengerang CTF Sdn. Bhd, yang melaksanakan pembangunan Fasa 3 PDT itu.

Pelaburan bagi Fasa 3 PDT yang pembangunanya akan bermula tahun ini akan dimulakan dengan kerja kerja menembak, diikuti pembangunan fizikal terminal, yang mana ia adalah sambungan kepada pembinaan Fasa 1 dan Fasa 2.

"Perjanjian itu menandakan pelancaran projek bernilai RM 2.5 Bilion itu." kata Dialog dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam.

Dialog berkata, Fasa 3 PDT akan dibangunkan di kawasan seluas 120 hektar bersebelahan Fasa 2 dalam PDT. 

"Fsa 2 sudah siap sebahagiannya dan beroperasi serta diajadualkan siap sepenuhnya pada awal 2019," katanya..

Fasa 3 terdiri daripada tiga komponen utama iaitu kemudahan laut laut, pembangunan lebih banyak terminal simpanan petroleum dan petrokimia untuk pelanggan jangka sederhana dan jangka panjang serta pembangunan tanah perindustrian bagi activiti berkaitan minyak dan gas hiliran.

Tarik kemasukan

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Dialog, Tan Sri Dr Ngau Boon Keat, berkata fasa 3 diharap mampu menarik kemasukan satu lagi kompleks penapisan dan petrokimia seperti RAPID, sekali gus membolehkan Pengerang menjadi pusat pembuatan hiliran minyak petroleum yang besar.

"Ini seterusnya akan menarik negara Pertubuhan Ekonomi dan Pembangunan untuk mengunakan kemudahan simpanan Pengerang sebagai habrizab minyak strategik memandangkan lokasinya yang strategik di Asia Pasifik. Ia seperti Bank Pusat Minyak," katanya dalam kenyataan itu.

Serentak dengan perjanjian itu, Dialog E&C Sdn. Bhd. anak syarikat milik penuh Dialog menganugerahkan kontrak kepada Penta-Ocean Sdn Bhd untuk kerja kejuruteraan, perolehan dan pembinaan untuk operasi penambakan, penambahbaikan tanah dan perlindungan pantai.

Kerja menambak pesisir pantai memerlukan tempoh 22 bulan untuk disiapkan dengan kos sebanyak RM 300 Juta.

Dialog berkata, pembangunan PDT bersinergi dengan pelaburannya di kemudahan tangki di Kertih, Terengganu dan Tanjung Langsat di Johor.